Rabu, 20 Mei 2015

belajar dari kesilapan

pernah buat salah
tapi rasa nak berubah
masukkan dalam azam setiap tahun
tapi perangai lama je kau pakai


sebenarnya
senangje
kalau kau nak berubah
berubah lah
" aku tak janji akan berubah, tapi aku akan berubah"
baik xpayah berubah
nampak sangat ayat malas

sebab?
buat orang muak
dalam dunia ni bukan seorang manusia kau hadap dengan perangai kau
kau nak kenalkan dunia
dengan perangai kau?


berubah memang amik masa
tapi kalau everyday kau buat benda sama
kau xkan berubah
xakan
cuba buat sesuatu yang baik dari sebelom ini
cuba buat sikit
sikit jer
lama kelamaan, benda baik akan sebati dengan diri kau
kita bukan dilahirkan untuk jahat
tapi kerana kita kotorkan hati kita


ingat
kita bukan nak hidup kejap kan?
banyak benda kita nak hadapi
banyak manusia kita kena hadapi
manusia yang jahat sesuaidengan layanan jahat

kerana mulut

kerana mulut
badan binasa
kerana mulut
mengubah kehidupan sekelip mata 
kerana mulut
kawan berpecah
kerana mulut,
perasaan bergundah
kerana mulut,
hilang peluang
kerana mulut
menyesal tak  sudah 


tak pernah ke rasa bersalah?? dengan apa yang dilontarkan ?
walaupon ada yang betul, 
pikir tak perasaan orang lain??
bila mendengar kata2 kita

mulut,
berseronok dengan cerita panas
langsung xpikir kesan yang akan menimpa
waktu itu kau rasa diri kau lebih tinggi
dari orang yang kau umpati
mungkin akan djauhi
mana letaknya sikap manusia mu

mulut
berseronok, berborak
ada yang suka mengata belakang
hebatke kau?
 di laman sosial berlagak hebat
tapi di alam nyata kau pengecut

mulut,
mengahafal gosip2 untuk dijaja
hebatnya merasa apabila membuka aib orang
bagaimana dengan aib sendiri??
tertutup ke?

mulut,
boleh ubahkan hidup sesiapa sahaja hanya dengan " fitnah"
ada yang akan disayangi dan diterima
ada yang akan dibenci sepanjang hidup
mungkin tak akan diterima

jagalah mulut
kerana ianya berbahaya
kerana ianya datangnya banyak dosa besar
ingat, setiap yang keluar dari mulut, akan mengubah hidup
jadi positive atau negetiv

Isnin, 18 Mei 2015

cara menghilagkan jerawat di wajah

jerawat???
perkara biasa, 
bila dah merebak 
mulalah nak gila...


sikit-sikit lama2 jadi bukit,  nak ke tengok muka penuh dengan jerawat?? 
siap ada yang bernanah lagi??
konfident pon hilang

malu nak jumpa orang
 sebab pikir hodoh. 

sini nk share pasal cara hilangkan jerawat dengan lebih ber kesan,

1- first sekali bila naik jerawat, jangan nak menggatal nk pergi picit,, nanti tinggal bekas, bukan kejap nak hilang, amik masa nak hilang. ada sampai berbulan2 belom hilang bekas jerawat.

2-Cuci muka. lebihkan sabun di bahagian jerawat. sebab utama ialah nk matikan kuman kat dalam kulit tu, jangan cuci lama -lama pulak,, nanti kering muka, xde kelembapan

3-letak aloevera. ambil gel dia tu, sapu kat jerawat. ( tapi cara ni slow la sikit)

4-susah nak cari aloevera??? guna gincu yang ada dalam bilik. sapu kat jerawat tu, ( sesuai diamalkan waktu malam)

5-  guna bawang putih,, potong bawang putih ikut kesesuaian, kemudian  oles kat muka, biar sampai 10-15 minit, rasa agak pedih la sikit untuk yang first try tu ( tambah2 jerawat yang bernanah)

6-guna ubat gigi. ubat gigi tu dia daapat kecutkan jerawat sebab dia berangin dan pedas.  guna sikit je , jangan guna banyak ( mohon bersabar), kalau guna banyak, jadi iritasi kat muka sebab bahan kimia dalam ubat gig itu macam menghakis kulit. ( xpercaya boleh cuba)

7- paling suka cara coz memang berkesan  tapi amat pedih , guna kayu manis, tumbuk kayu manis  kemudian sapu kat wajah yang ada jerawat, biarkan selama 10 minit, bilas.





SELAMAT MENCUBA 

Khamis, 14 Mei 2015

PRODUK KOSMETIK BERMERKURI

Assalamualaikum semua,,
rasa lama dah xupdate blog. Maklumlah busy sokmo kito ni. Baru-baru ni duk sibuk dengan test, midterm,oresentation, report, dan macam2 lah,, sampai diri pun xsempat nak urus

ok hari ni nak share pasal krim kecantikan ajah yang ada merkuri. Untuk pengetahuan korang,, miss sebenanrnya mengalami kerosakan wajah hanya di sekala kecil . pada peringkat permulaan je. 
sebab nye ialah, miss guna satu produk kosmetik tempatan yang berharga dalam lingkungan rm 50 (xnak cakap jenama apa takut nanti kena saman ) . Maybe krim tu mengandungi bahan terlqarang seperti merkuri, hydroquinon dan macam2 lah. 

pada permulaan, memang nampak ok, muka jadi cerah,, tapi slelepas dalam 2 ke 3 minggu, muka miss jadi berminyak, naik jerawat, gelap dan kusam. yes! memang xsesuai dengan muka miss, kesan dia xsilap miss pakai memang cepat hanya dalam masa tiga hari je!!! excited wooo, tapi bila dh dapat muka macamni,, sedih yang amat =_=

so sekarang ni miss guna produk skin care daripada korea yang langsung xder bahan kimia yang boleh rosakkan wajah. tapi kesan dia lambat lah sikit, miss dah pakai hampir dua minggu, so far so good, muka miss xde lah sampai putih melepak pakai produk ni. maybe dia baiki kulit miss ansur2 tambah pulak lepas salah pakai produk

MACAMANA NAK TAHU KRIM TU ADA MERKURI KE TAK????

ok,, meh sini miss citer:

1- berbau agak keras, bau dia macam menyengat tahu tak??? tapi, sekarang ni , krim yang ada mercuri tu dah letak campur perfume nak kasi wangi. so, kalau korang bau krim tu terlampau wangi tu,, boleh jugak disyak sebagai krim yang ada merkuri. yelah, watpe letak pewangi bagai, benda nak pakai kat muka je kot 
=_=
2-memandangkan mercuri ni sejenis logam,, so dia akan berkilau. lau korang nampak ada kilauan kat krim tu time korang oleskan kat muka. memang sah!!!!! ada pakcik mercuri dalam tu yer

3-Dapat putihkan wajah dalam masa yang teramat singkat. dalam masa 24 jam pon boleh cerah??? haa itu memang double sure ada mercuri. kalau korang nak tahu, semakin banyak mercuri dalam krim, semakin cepat kita dapat kesan putih kat muka tau...

4-bila dah putih, jerawat langsung x timbul,, mestilah korang nak kan kulit macamni?? dahla putih, jerwat pulak takde.. helllooo fyi, sebenarnya, jerawat x tumbuh kat muka kau tu sebab epidermis kau tu dh rosak , melanin dah terhakis untuk lindungi kulit korangg yer..

MACAMANA NAK TEST KRIM BERMERKURI?

ok meh sisni nok royak.

1-oleskan krim di tangan
2-ambil cincin emas tulen yer,, emas celop xkan jadi
3-selepas oles krim pada cincin, tengok result. kalau krim tu bertukar warna kelabu that is mean, krim tu ada mercuri, semakin gelap warna krim makin banyak merkuri.


OK, BERKAITAN DENGAN SKIN CARE YANG MISS PAKAI TU,, NANTI MISS KONGSI KAN YER,, BIAR CUKUP SEBULAN MISS PAKAI , AND RASA OK, MISS KONGSIKAN KEPADA ANDA. STAY TUNED.MUAH!!!


Isnin, 27 April 2015

khasiat susu untuk kesihatan

assalamualaikum semua, lama rasa miss x update blog . sebabnya terlalu busy dari pagi sampai ke petang.
dua minggu ni memang busy gila dengan midterm, report, drama, assignment semua datang terjah. haissh sampai miss tidur pkol 2 ke 3 pagi tau!

ok miss malas cakap banyak, kali ni miss nak share pasal khasia susu untuk kecantikan. korang tahu x yang susu ni banyak kelebihan dia untuk kesihatan dan kecantikan tau....




for you information, susu ni  dia banyak khasiat dia,, terdiri daripada vitamin, kalsium, natrium dan perlbagai benda2 yang elok dalam susu ni. susu ni penting untuk mengawal tekanan darah, megelak osteoporis, gusi berdarah, kuatkan tulang dan sebagainya.

susu ni selain boleh di buat minum, boleh diletak kat muka korang jugak untuk dapaykan kulit yang lembut dan gebu seperti bayi gitu.

first sekali ialah =
susu dapat menghilangkan kantung/ lingkar mata.
Kita cukup membasahi kapas dengan susu UHT dingin, lalu kompreskan pada kelopak mata dan diamkan selama 5 menit lalu bilas hingga bersih

kedua pulak =
Untuk kulit lebih cerah
Cobalah mengoleskan susu UHT ke wajah yang sudah dibersihkan. Diamkan beberapa, saat lalu bilas dengan air hangat. Bila dilakukan beberapa kali seminggu, kulit wajah akan tampak lebih sehat. 

ketiga =)
Menghaluskan kulit dan mempercantik kuku
Rendam kuku dan tangan selama 3 menit dalam susu full cream yang sudah dipanaskan dan dibiarkan hangat. Kemudian bilas dan keringkan. Selanjutnya untuk hasil maksimal kamu bisa mengoleskan body lotion kesukaan kamu.

dan keempat =
Untuk kulit berminyak
Coba basahi kapas dengan susu non-fat, lalu oleskan pada wajah yang sudah dibersihkan. Diamkan beberapa saat, lalu bilas dengan air hangat. Bila dilakukan secara rutin, kulit berminyak kamu akan tampak sehat. Selain itu, ada juga susu rendah lemak yang bisa digunakan untuk menjaga kesehatan dan kesegaran kulit wajah yang berminyak. Caranya, gunakan susu rendah lemak sebagai masker dengan cara mengoleskannya pada kulit wajah yang sudah dibersihkan, diamkan hingga kering dan bilas dengan air hangat. 


ok la guys,, itu je entry kali ini,, semoga dapat memberi manfaat kepada kecantikan korang dan selamat mencuba !!!

Rabu, 15 April 2015

REVIEW O' BUSE TINT. PEWARNA BIBIR TERBAIK DAN MAMPU MILIK

Assalamualaikum,, hari  ni miss nak  buat review pewarna bibir iatu o'buse tint
miss guna o buse tint ni dalam 3 bulan . alhamdililah ianya memberi respon yang positif bagi miss

sekarang ni miss dah beli tiga jenis pewarna bibir o buse tint ni..iatu peach, merah and pink .miss suka sangat Obuse tint ni  sebab dah xperlu pakai gincu dah .Sebab apa?? sebab warna dia dah cantik macam pakai gincu. dan biasanya kalau kita pakai gincu, and kita makan dan minum kan??,, so, gincu tu lama-lama akan hilang kan??? tetapi o buse tint ni tak tanggal tau,, dia still lagi kat bibir tu,,, tahan lama ke tak??????
opkos la
TAHAN LAMA!!!!

dan palaing penting,, bibir kita nampak sexy gitu hahahha =_=

 ok,, first  all,, obuse tint ni adalah jenis cecair yang terdiri daripada pelbagai warna dan pelbagai kod yang berbeza,,
korang boleh pilih warna korang suka
cecair ni diletak dalam botol yang cute je hehehhe
walau kecik tahan sampai berbulan2 tau...

ni kod number 6 kolor peach. Antara warna kegemaran miss

ni kod number 3 kolor pink


ni kod warna 2 warna merah


ni lah obuse tint,, kecik jer botol dia,, 
even kecik,, boleh tahan lama you alls
dan yang paling penting warna nya cantek dan harga yang murah!!!!!



berapa satu obuse tint ni???

heheh harga dia amatlah murah,, hanya rm 5 jer,, murahkan???
kat mana nak dapat????
boleh lah dapat kat pasar tani atau pasar malam,,,
kat shoping mall pun ada.. 
benda ni memang femes,, sebab amat mudah, cntik,jimat




ok lah ni miss nak berlanja satu gambar even gambar separuh jer. yang ni  miss pakai obuse tint yang warna merah tu,,, lawakan ?? hehehe 



ok lah itu je review hari ni..
ok byeee

Ahad, 12 April 2015

D NARS REVIEW

assalamualaikum,, hari ni miss nak buat review pasal prodduk jenama DNARS SKIN CARE
produk jenama d nars ni adalah produk yang paling hangat setakat ni tau kat negara kita
dan yang penting ada kelulusan KKM!!!  rasa selamat la sikit nak pakai kan??????

miss pun guna produk d nars ni. Miss guna set SENSITIF.
tara!! ni lah set dnars yang miss pakai. yang krim warna kuning coklat tu krim siang,,
yang krim warna putih tu krim malam
dan ada dua sabun

sebenarnya dnars ada 3 set iatu jeragat, jerawat/sensitif dan normal. bergantung pada wajah korang la,, memandangkan muka miss ni jenis berjerawat,, miss amik set sensitif/jerawat

miss dah pakai hampir dua bulan . so far memang ok dengan muka miss, xder jadi benda yang xdiingini,, dan miss perasan yang parut jerawat kat muka miss makin pudar dan muka jadu cerah dan sekata even tak totally perfect.

ni gambar sebelom miss guna dnars skin care muka dah cerah dah,, tapi nak cerah lagii..
well bialasah perempuan
gambar ni selepas satu bulan pakai dnars skin care,, nampak ada perubahan sikit kat muka
gambar atas ni selepas 2 bulan menggunakan dnars skin care


konklusinya,, miss amat suka menggunakan dnars ni sebab sesuai dengan muka miss
sekarang miss nak try krim kunyit daripada dnars pulak
ok lah byeee

EYE LINER V ASIA REVIEW

Assalamualaikum... dan salam satu Malaysia,, hari ni miss nak buat review pasal eye liner yang miss pakai dekat si pembaca


tara!!!! ni lah eye liner yang miss pakai,CELAK MAHARANI DARI V ASIA , eye liner ni dia berbentuk dakwat,,, bukan pensil yaaa .
miss dah pakai hampir 4 bulan dan still ada lagi dakwat dia,, so maknanya tahan lama dan jimat la kan la kan,,
yang hujung tu berus dia... berus dia tirus je,, so senang sangat nak pakai,, miss suka pakai yang berdakwat punya sebb tahan lama and yes! celak ni tahan lama,, itu yang miss suka,, dan dia punya berus dakwat dia yang tirus tu kalau time pakai,, xder nak comot-comot,, smooth je


harga dia berapa???? ok miss beli dekat kedai toko jamu dengan harga rm 16 ringgit jer,, agak mahal,, tapi miss xrasa menyesal sebab boleh tahan sampai 4 bulan kot,, dan bila pakai,, nmpak kemas, takda nak comot-comot hehehehehhe

ok la miss belanja satu gambar mata miss dengan memaakai eye liner ni

tara!!!!! nampak tak eye liner kat mata tu??? haaa ni time miss nak g kelas,, miss pakai eye liner ni. and last one miss nak cakap, miss suka eyeliner ni sebab dia senang nak cuci,, tak macam eyeliner jenama lain terutama yang jenis pensil,, bila nk basuh bukan main susah,, lepastu meninggalkan kesan hitam dekat bawah mata kan??? nak ambik air sembahyang pun susah. tapi celak ni kalau nak basuh memang senang,, xder tinggal kesan hitam kat bawah mata,, nak solat pun jadi yakin..

ok lah itu sahaja review kali ni,, bye

Selasa, 31 Mac 2015

STYLE SAYA CARA SAYA

Setiap orang ada style masing2 kan,, entry kali ini miss nak cerita pasal  cara pemakaian wanita seharian
sekarang ni macam,-macam jenis fashion  ada,, so korang boleh klik sini untuk tahu jenis2 pemakaian seharian yang pelbagai style yang sememangnya nampak menarik 

miss memang suka penampilan number 9 an 12   sebab itu adalah salah satu pemakaian miss seharian even nak g kelas pon miss akan dress up ma macamtu.. cuma beza dalam gambar tu,, miss pakai selendang atau hijab atas kepala . hahahah 

ni antara salah satu cara pemakaian miss seharian nak g kelas,, miss memang suka kemeja dan dipakai dengan jeans sebab nampak sangat kemas dan style. memandangkan sikap miss yang kasar dan ganaz,serta rock, miss xsuka pakai kain dan blouse,, sebab bagi penampilan sebegitu  bagi  miss nampak lembut sangat,, lain dengan karakter dalam diri miss. Ingat, penampilan kita dengan selari dengan jiwa kita dont be a hipocrite .
miss juga  suka pakai selendang sebab muka miss sesuai  pakai selendang. nampak bulat gitu,, ececece 
Bila pakai kemeja dengan jeans,, miss galakkan agar memakai kasut bertutup untuk nampak lebih kemas dan style dan korang boleh jalan dengan konfidentnya=)


'"siapa kita adalah penampilan kita"
"penampilan melambangkan jiwa kita"

Sabtu, 28 Mac 2015

BAHAYA BEDAK KOMPAK

pehh,, entry kali ni bukan main tajuk dia kan,, kejam betol bunyi,, kepada pengguna bedak kompak dialukan baca entry miss ni sampai habis dan mohon tenang yer

 sekarang ni memang banyak jenis bedak kompak,, kalau kita tanya penduduk kat muka bumi ni,, macam2 jenis bedak yang keluar kannnn =____=

sebenarnya miss ada masalah konfiusedi mana miss keliru samada nak menggunakan bedak debu mahupun bedak kompak,,( selama ni xpakai bedak ke?? feeling ala2 natural beauty gitu???) ok,, sebenarnya miss guna bedak debu sebelom ni,, bedak baby johnson dulu pernah jugak pakai bedak kompak tapi muka jadi minyak,, boleh kibar roti canai kat muka miss.

haa, those yang belom kenal lagi rupa bedak johnson ,, ni lah rupa dia,,, bedak ni best,, miss ni jenis muka berminyak dan melekit,, bila pakai bedak ni,, xberminyak lah muka miss,, tapi  satu jer kelemahan dia bila pakai,, bedak ni melekat kejap jer kat muka miss,, hurmmm tu lah salah satu sebab kukuh miss nak tukar bedak debu kepada bedak kompak( dah tahu n ada pengalaman muka berminyak pakai bedak pack tapi gagah lagi nak cuba,, memang bebal betul aku ni)

 so,, miss pon tanya lah kawan2 miss diorang pakai bedak apa,, macam2 bedak keluar dari mulut diorang,,, ada jugak kawan miss recommandkan suruh pakai bedak kompak kat muka,, then miss terpengaruh dengan mereka n then miss pakai bedak kompak,, miss xbeli pon bedak tu,, just pakai yang ada jer,, so,, bila pakai setengah jam pertama tu,, memang lah putih,, tapi,, bila start jam kedua, ketiga,, habis muka miss berminyak,, miss ada 4 jenis bedak kompak,, keempat2 miss cuba,, semua nya menyebabkan muka miss berminyak,, burn,, jerawat tumbuh dan miss perasan muka miss jadi burn . miss stress sangat,, =/


apasal tengok kawan2 pakai bedak kompak nampak lawa???
bertemankan malam yang hening, miss google pasal bedak kompak ni,, miss terjumpa satu entry yang mengatakan bahawa bedak kompak amat berbahaya kepada kulit dan amat tidak sesuai untuk kulit berminyak macam miss ni hurmm,, dan ini adalah dari pakar kulit ok!!! maybe betul kot pakar tu cakap

bedak kompak berbahaya



korang boleh klik kat atas tu untuk lebih lanjut,,, ada jugak betul apa yang pakar tu cakap ,, bila kita pakai bedak kompak,, ia menyumbat liang pori,, so jadi tersumbat dan menyebatkan berminyak dan punca jerawat tumbuh,, oh no tamau!!!!!!

kesimpulannya,, miss nak pakai bedak debu jer,, sebab miss rasa kalau paaki bedak debu nampak natural gitu,, x over sangat,, dan muka kita rasa bebas,, xberat dengan bedak yang bertempek kan..
oklah entry miss kali ni,, bye,,

ni gambar miss pakai bedak compak and krim muka jer 

















Isnin, 23 Mac 2015

PENDAPAT ORANG TENTANG PERANGAI KITA

Setiap orang ada sikap masing-masing,, ada personality masing2, itu yang membezakan kita dengan orang lain..Ada perangai yang baik,, ada perangai yang kurang baik. Namun kita kena ingat,, perwatakan kita itu xsemua orang boleh terima. ... seburuk2 kita ada yang masih terima kita,, sebaik2 kita ada lagi yang masih membenci   ,,, biasalah ini lah kehidupan .bila kehidupan,, adanya dugaan,, bila dugaan,, adanya air mata,, bila ada air mata,, adanya kekuatan,, well.


pernah tak bila ada orang komen tentang perangai kita??? dia straigh forward bagi tahu kita yang dia xsuka kita... rasa macam burlp!!!! buah nangka jatuh atas muak,, eh silap,, buah durian jatuh!!!  dalam hati duk
tertanya2 ''kenapa dia xsuka aku???'' 

ok,, sebelom kita proceed dengan jawapan2 yang akan membuat kita rasa sakit hati tu,, pernah x kita fikir apa yang telah kita buat sehingga  membuatkan seseorang tu rasa sakit hati dengan kita,, atau adakah perangai kita yang kita sangkakan 'baik'' selama ini  telah membuatkan sesetengah hati tercalar????
kita pikir "laaa xper,, semua orang suka aku,, aku baik,, perangai aku ok''''
yes!!!!! kau boleh cakap macam tu  bila ada orang senyum, gelak dengan kau,  dan kau pon claim yang dia suka dengan sikap kau dan anggap kau baik... kan?????

TETAPI!!! pernah x kau dengar luahan hati dia??/ kau tahu x apa hati dia cakap pasal kau??? xtau kan?? kau hanya tahu luaran dia jer!!!! common guys! senyuman hanya mengaburi fakta yang sebenar!!!!  itu semua fake!!!!FAKE!!!!!

so,,bila ada seseorang atau segelintir manusia bagi tahu dekat kau yang dia xsuka dengan sikap kau,,  bukan maknanya dia membenci kau,,dia mahu kau ubah sikap yang buat dia rasa sakit hati dengan kau tu..
tapi,,, kita bila adaorang cakap macamtu kepada kita,, mestilah kita xleh terima kan???? 
ditambah pulak dengan ego kita yang melambung tinggi kita xmengaku yang kita ada perangai buruk ataupun telah buat orang rasa sakit hati,, kita hanya tahu kita buat baik jer,, siapakah kita??? malaikat kah yang xder cacat cela,, xbuat silap????>>>>

apa yang penting,, kita kena bukak minda kita,, jadi open minded,,pemikiran kita,, cara kita ,, sikap kita xsemua orang boleh terima. kita xboleh nak sangkakan semua orang sukakakn kita ,, kadang2 kita perlu berpijak pada bumi yang nyata...

 kita perlu bersyukur sebab ada orang yang jujur kat kita untuk perbetulkan kesalahan kita,, lebih baik kita ditampar kebenaran dari dicium dengan penipuan. apa yang kita kena  buat,, teriama teguran itu,, dan ubah sikap kita,, bukan sebab nak jaga hati orang,, tapi untuk mendidik kita jadi orang atau manusia yang lebih berwibawa,, ada untungnya kalau kita berubah,,, orang lebih suka nak dekati,,, orang lebih mudah nak kerjasama,,, sebab...... kadang2 kita xboleh nak pikir diri kita jer,, kita kena pkir jugak orang lain

 salam entry saya malam ini,, kbye





Selasa, 17 Mac 2015

KELUHAN YANG TAK PERNAH BERHENTI

Semakin masuk sem dua ni,, semakin busy pulak aku,, xmacam sem satu dulu ,relax jer, nak dekat final baru nak  rushing semua,,, tapi masuk sem dua ni  punya bapak lah  busy.ni baru masuk 3 minggu mula sem baru,,, belom sampai dua bulan,, kalau tak memang aku rasa mati katak aku kat u aku ni.

lab report beratur nak tunggu untuk disiapkan, tutorial berlambak, sekali dapat,, berbelas2  soalan ,, bukan satu tutorial,, boleh katakan 3,4,5 tutorial kena siapkan dalam masa seminggu.. yang report tu plak dalam masa seminggu jugak,, alah,, seminggu jer pon,, lama tu masa!!!
bapak kau lama!~!! (haish kasar beno bahasa )

seminggu bagi aku dalam dua hari jer,, memang seminggu tu rasa macam lama(bagi yang dudk kat rumah and goyang kaki),, tapi untuk kehidupan student macam aku  ni kejap jer,, report??? banyak sangat ke sampai xboleh siap kan??? tuto??? susah sangat ke???-___-

report senang,, tapi yang memeningkan aku nk carik discussion 2 pages,, *alah,, dua pages je pon* hello diskusion ni penting!!! bukan main tulis jer and dua pages tu kita kena tulis perkara yang fakta berdasarkan apa yangkita buat,, bukan main google jer!!! and one more thing,,, miss aku tu haish bukan main cerewet!!! salah sikit,, potong markah,, aku masih ingat ayat dia tu.. lepas discussion,, kena cari pulak  result yang tepat dan reference yang betul , references tu susah dan amik masa nak buat,, itu baru satu report,, dalam seminggu ada dua experiment,, maka,, ada dua report,,, satu report amik masa 3-4 hari untuk aku siapkan,, tutorial pulak amik masa 2-3 hari nak siapkan,, belom lagi masuk bi kena wat drama,, belom lagi nak kena gi intebiu entepreneur yang berjaya u tuk subjek gelagat,, sem dua  ni subjek macam2,, terutama bi dah kena  pandai buat drama la pulak,,,,,, gelagat pulak dari aku sem satu sampai sem dua xhabis2 curi masa aku,, dan gelagat ni lah yang banyak kena wat kerja,, kena selalu keluar,, kena gi situ, kenA  gi sini,, bila keluar,, duit pon turut keluar,,dah la duit ptptn pon dapat sikit,,, tu pon cukup2 wat bayar yuran,, kalau nak berjoli jagan harap lah oiiii dengan duit ptptn  adoiiiii

nak kata xstress tu tipulah kalau xstress, kadang2 nak tidur pun  kena pikir kerja mana nak kena buat esok sebab banyak sangat,, tambahan pulak,, sekarang ni jadual aku pack gila. memang sangat pack,, ada sampai nak solat pon kena curi masa,, nak makan pon xsempat,, nk tidur pon xsempat,,apatah lagi nak pikir pasal boyprengggg hahahah.


sebenarnya inilah student life, kehidupan yang  xcukup tidur,, xcukup rest, xcukup makan, xcukup duit dan xcukup segala-galanya .
suatu hari nanti kita pasti akan merindui kehidupan uni kita
kesusahan yang kita alaami ini sebagai pengajaran untuk kita memotivasikan diri kita ke arah yang lebih positive

wahai lisa,,, teruskan perjuangan mu demi segulung ijazah!!!!!!

Jumaat, 13 Mac 2015

DALAM PERSAHABATAN

                                  Setiap manusia atas muka bumi ni mesti ada sahabat kan???
 kalau xramai pon,, at least sorang. ada jugak hidup yang forever alone yang xder kawan  mungkin orang sebegini lebih rapat dengan family dan xmahu menerima kehadiran orang luar dalam hidup dia.

Persahabatan yang baik bermula dengan perkenalan yang baik,, tak kan lah kau nk bina mahligai persahabatan dengan kau jumpa dia kau belasah dia  dulu hohohohoho so tragis beginning

''pada permulaan kita kenal dengan orang tu xbanyak benda yang kita tahu,, dan  semakin lama kita kenal dengan seseorang itu,, makin banyak kekurangan dan keburukan yang kita tahu'' 
 dan  dengan berbekalkan kelemahan dia,, kita diuji adakah kita dapat bersama dengan dia dan sanggup susah senang dengan dia ataupun kita menolak keburukan dia dan hanya ingin menerima kebaikan dia jer???? 

                              persahabatan terjalin tidak memberi jalan cerita yang baik,,
 ada kawan yang suka mengambil kesempatan ke atas kawannya, ada yang suka tikam belakang,, benda macamni mestilah kita mintak jauh,, tapi percayalah ini hakikat bahawasanya tuhan sedang menguji kita untuk menjadi insan yang sabar dan membuka mata kita bahawa banyak spesis manusia atas muka bumi dan xsemua nya baik, dan bila benda ini terjadi dalam hidup kita,, kita xperlu nak gantung leher kat kipas atau nak terjun bangunan 12 tingkat sebabkita sedih dan kecewa     , kita kena pkir mungkin ini caranya tuhan nak kita sedar bahawa xsemua yang kita expect akan menjadi indah dalam persahabatn dan dalam saat ini jugak,, kau akan kenal perangai manusia yang sebenar dan kau dapat tahu siapa sebenar kawan kau, siapa yang selalu bersama dengan kau,, kalau benda ni xterjadi dalam hidup kau,, kau boleh bayang betapa tahap dewanya kecewa korang bila bersama dengan sahabat yang menghulur pistol dalam salam????


Alhamdulilah,, aku dikurniakan seorang sahabat yang amat baik kepada ku,, yang selalu bersama ketika aku susah dan ketika aku jatuh dan di saat manusia lain membenci aku,, aku menghargai sangat atas pengorbanan dia kepada aku,, sanggup teman aku lepak,, sangup makan semeja denagan aku,, sanggup dengar cerita  sedih aku,, selalu bagi nasihat dan kata semnagat kepada aku..


ni lah sahabat sejati aku,, nama dia sha,,belajar sama u dengan aku cuma berlainan kos,, kos dia (degree in science materials) . even aku berlainan kos dengan dia,, aku pastikan aku akan ada sedikit masa untuk bersama dengan kawan aku ni even sekejap,, yelah,, xkan aku nk lupa kawan aku yang sanggup dengan aku time susahkan??? aku xsuka lupa kawan aku,, dan aku bukan jenis macamtu  apa yang aku nk cakap,,, aku bersyukur dapat bertemu dengan dia,, aku betul2 sayang dia sebagai seorang sahabat,, aku harap aku dapat bersahabat dengan dia hingga akhir hayat aku,,

sekian untuk entry kali ini,, bye muachccchh

Rabu, 11 Mac 2015

TAK SALAH KALAU PENDIAM

Bising pon salah, senyap pon salah,, manusia ni pantang nampak orang senang suka sangat ngumpat,

, suka sangat mengata!!! :<

antara bising dengan senyap aku suka senyap la (yeker)???    +_+

ok lah seriusly,, orang yang senyap ni xsuka carik pasal ,,yela dah diam nak cakap                                       dengan saper,, kalau diam xder nak sakitkan hati saper2 daripada bising suka bukak mulut,,

  hati orang lain boleh tergores,,-_-

TAMAUTAMAUTAMAU!!!!!!! :)


oklah,,, daripada aku membebel dengan lebih lanjut tanpa ada motif ni,,                                                  
 baik aku jujur je apa aku nk tulis dalam entry kali ni.

. berbekalkan lampu bilik suram, dengan telinga disumbat earphone berdentumkan lagu avenged sevenfold, aku nak cerita pasal kawan aku yang pendiam(kawan ke??? aku xrapat pon) alah,, boleh katakan kawan jugak la even xrapat.-__-


aku malas tunjuk gambar dia,, nanti dia jumpa blog aku ni mati terkankang aku. haish lisa!!!!xbaik cakap macamtu kover sikit!! :<


kawan aku ni memang xbercakap dengan orang,,                                                                                    dalam bilik pon xbercakap,,                                                                                                                     dengan klasmate pon jarang bercakap,,,   sampai klasmate dia xcam dia yang mana satu,,                   nampak x betapa tak dikenalinya dia???   :(


aku xtau lah macaman dia hidup,, tanpa orang sekeliling dia,tanpa kawan, ok think positive,, mungkin dia rapat dengan family dan boyfriend dia(kalau ada boyfriend lahhh)     

                kalau aku xboleh hidup,,haish!! aku pon boleh jugak,, tapi xnak lah seterok dia yang langsung xbertegur dengan orang ibarat pepatah melayu bagai katak dalm tempurung kan??? 

wait, wait,wait. adakah aku mengumpat dia?????? oh my god!!!! dah terlanjur la awak2 sekalian,,
                                                     

  tapi kan,, 

aku kesian jugak dekat kawan aku ni,,, yela aku pon ada perasaan kesian jugak kat orang :)                                                 even dia pendiam, xbuat dosa dengan orang, xmengumpat orang, xmaki orang, xcaci orang, x buat onar dengan orang, xbuat taik dengan orang,, ada segelintir manusia ni suka caripasal dengan dia,, . jahat kan?? ?

                                                                      sadiskan???                                                                          orang yang sebaik alam tu pon ada orang xpuas hati apatah kita yang baik pon x cukup :/

tapi apa yang dia buat dekat celaka2 yang buat onar dengan dia??? dia kata ''sabar''. saat dia berkata begitu,, mulut ku ternganga,, 

wauuu memang hati kering!!!!! langsung xamik port atas semua tu,, dan yang  paling aku salute dia  xbalas pon perbuatan jahat  orang yang buat kat dia tu,, LANGSUNG TAK!!!!!
aku tabik ok,,memang aku tabik!!!!!

           Haa tengok comel tak aku tabikkk

Aap yang dia buat???? 

dia wat bodoh jer orang yang kutuk dia,,, dia memang kuat,, even aku pon xsekuat dia,                                            kat sini aku nampak yang dia seorang insan yang baik dan teramat baik,, tapi sayang aku xrapat sangat dengan dia sebab aku xtahu nk borak apa dengan dia,,, hurmmmm    =/

kesimpulannya,,, diam tidak salah dan langsung tak menyakti hati orang,,                                                              itu menunjukkan yang kita sabar dalam dugaan kita uang kita hadapi,,, terus senyum melankah kehadapann,,,dan kalau boleh aku pon nak jadi pendiam,, xnak jadi bising sangat sampai orang gelar mulut murai xelok jugak kann =)

 pedulikan orang yang suka mengata kita kerana mereka sentiasa di belakang kita..hanya allah yang tahu apa yang kita buat,                                                                                                                                             

,Ambil positive atas apa yang berlaku dan jangan sesekali menyalahkan takdir kerana ini jalan hidup kita,, mungkin ada sinar emas dihadapan yang kita belom nampak.. chill stay tune,,, thanks sudi baca entry saya. muahhh


Selasa, 10 Mac 2015

BERSERDAHANA DALAM KEHIDUPAN

                                 hye you alls,, sekarang ni aku tengok ramai orang yang nak kawan dengan orang senang,,
      aku pon termasuk dalam kalangan ni,,,sebab aku ada beberapa kawan yang boleh dikatakan senang  tapi sebenarnya aku kena pikir balik,, aku xboleh ikut diorang,,, 

aku kena tahu siapa diri aku yeah,, macamtu.
Aku kena pikir pasal keluarga aku yang bnyak habiskan duit untuk aku.. aku ada ramai jugak kawan yang agak berada,, telefon besar2 , lebih daripada satu,, aku pula pakai phone cap ayam jer,, sadiskan??


                        bukan aku xnak beli phone yang mahal,, mesti lah nak,
,         tapi aku xsuka menyusahkan mak          dengan ayah aku,,
 even keluarga aku mampu,, telefon cap ayam tu pon aku beli guna duit aku sendiri,, duit aku                                   kerja,,dan lappy ni pon aku guna duit sendiri hasil aku berbisnes,,,
                 alhamdulilah masyuk jugak la  huhuhu. 
 pendek kata semua yang aku ada,, semua guna diut aku,, 
        kalau aku betul2 xder duit baru aku  mintak dengan family aku 
,                           ,kalau aku mintak pon xbanyak,, sekadar nak beli buku,, topup, makan tu   jer,,,

   aku diajar hidup berserdahana,,, tapi lain bagi adik aku yang lelaki tu,,
     nama dia mohamad bakiyar,,
yang ni nampak dah calon sebagai penghabis duit keluarga
             bukan apa,,baju dia semua berjenama,, 
     adik aku ni pernah bagi aku baju jefferson yang original kau tahu,,
ni lah baju yang adik aku bagi tu.
aku lipat pon macam malas jer,,
, baju ni best la pakai,, adik aku bagi sebab dia ada bnyak so dia bagi aku satu,,kain diapon best. a
       dik aku kalau bab pakaian dialah kedepan sikit,,,
 aku selalu beli baju kat pasar borong jer yang 2 sepuloh helai,, huhuhu aku xkisah,
, janji pakai baju kuakuakua

Kawan dengan orang kaya ni sebenarnya banyak dugaan tahu, yela mesti kita rasa rendah diri bila tanya latar belakang kehidupan kita yang xseberapa... yela aku dah biasa hidup berserdahana jadi macam kejutan bila berkawan dengan orang senang,, kita pon jadi nak ikut senang sampai belanja habis pokai dan sanggup berhutang,,, nahuzubillah,,mintak simpang. so kesimpulanyya aku kena selalu jadi diri aku,, selalu sedar  dimana aku berada dan yang penting jangan lupa diri













YEAY DAH DAPAT !!!!!

waah hari ni boleh katakan perasaan happy sikit, xbanyak pon. apa yang happy?? happy sebab dapat harta karun .haa banyak kan harta aku?? tapi hari ni aku dapat harta xlah sampai sejuta,,Aku dapat rm 250 jer,, bnyaak kan??? dengan harta yang aku dapat tu boleh la aku bayar muka kereta lancer, bayar deposit banglo, bayar bill api, elektrik, astro,internet,makan,minum dan bayar harga tandas awam.kahkakahkah, banyak kan benda boleh buat dengan harta aku dapat tu .kikikiki sebenarnya =


ini lah harta yang aku dapat harini =)
banyak kan??? tebal tu,, tujuh keturunan pon tak habis,, aku rasa malam ni aku xtidur kot sebab aku nak list jenis kereta apa aku nk bayar muka, banglo kat mana aku nak beli,, nak cari number pemilik banglo semua,,,,hishhhh busy jugak aku satgii yela,, dapat harta karun ni kan,, kena pkir masa depan banyak kungkungkuang. ok dah itu semua poyo dan cuma ayat perli jer. for u ollls yang xkenal ini apa, spesis bakteriakah??? spesis keropok ka???? spesis jeruk pak ali ke???? ok this is +baucar buku 1 malaysia.it will give to the students in universiti or matriculation. baucar ni ada 5 keping . satu keping rm 50. benda alah ni hanya boleh beli buku je you alls,,, tapi aku jarang beli buku,, masa belajar kat matrik perlis dulu aku guna baucar ni wat beli headphone, powerbank,novel, kalau beli buku pon sikit jer,,, tapi sekarang ni peraturan dah ketat sikit xboleh dah nak beli benda merapu,, TAPI!!!!!!!!!! kalau korang pandai kover boleh jer sebenarnya,, wat relax wat peace ok,, jangan takut sangat,, xkena makan pon,, paling sadis masuk penjara je hahahahah.
 haa, nampak x penjara ni??? jangan main2 you allls pak jib tahu tau(emoji mulut renyok)
baucar yang aku dapat ni aku nak beli hard disk,,, sebab hard disk ni penting untuk student . yela assignment nk letak dalam pandrive mana ckup, dengan cerita korea lagi (acah beli hardisk sebab nak letak  cerita jer) aku harap dapat beli,, yela sekarang peraturan pon dah ketat,, kena pandai2 cari la....aku ni antara yang baik(perasaan) sebab beli barang yang berfaedah,, ada kawan kakak kaku lagi teruk tau,, siap beli phone guna baucar,,, acaner tu???? yang lagi teruk kuasa dua pon ada,, siap tukar baucar kepada duit .. kawan aku yang ni memang berani gila la,, aku tabik ,,salute!!!!!!!!!!!!!!!!!!
so,, kesimpulanyya, aku nak ajak kawan aku gi beli hard disk dekat SMO(maybe lah kalau ada) sebab ada kawan aku cakap kat SMO boleh beli hard disk guna baucar(ayat penyelamat) harap2 boleh,,, kesian jugak kat laappy aku(toshiba, aku panggil pak ba) nnti berat,,, tamau2. oklah,, bubye see you later.muahhh setepek